Setiap individu adalah berbeza. Amalkan petua dibawah untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih cepat bersama produk Litchin
1. Minum air 3-4 liter sehari
Sangat penting! Ini kerana air akan membantu anda membuang segala toksin yang dikumuhkan oleh produk litchin. Lebih banyak anda minum, lebih cepat berat badan anda turun. Tidak mengapa jika anda selalu ke tandas. Lebih banyak toksin yang hilang, lagi cepat anda kurus.
2. Jangan berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
3. Kecikkan saiz pinggan nasi
Kalau sebelum ini anda ambil 3-4 senduk nasi, sekarang cubalah berubah dengan mengambil 1 senduk nasi sahaja. 1 senduk nasi bersamaan dengan 260 kalori. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
4. Mesti bersarapan pagi
Dengan bersarapan, kadar metabolisme anda secara automatik akan naik. Ini akan membantu membakar lemak dan mengelakkan anda makan lebih banyak diwaktu tengahari. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang bersarapan. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
5. Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam.
Elakkan memakan makanan yang beratpada waktu malam. Ini kerana, kadar metabolisme anda akan menurun dan akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak.
6. Makan dengan Perlahan
Kunyah makanan anda sekurang-kurangnya 40 kali baru ditelan. Ini akan membantu perut menghadam makanan tersebut. Apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat kepada otak yang kita sudah kenyang.
7. Pilih makanan dengan bijak
Untuk menurunkan berat badan, anda kena MAKAN! Tapi jangan pula membujur lalu, melintang sapu. Panggang, kukus, dan rebus makanan anda
Kalau boleh, kurangkan pengambilan marjerin dan lemak tepu. Marjerin sangat terkenal dengan kandungan lemak tepu yang sangat tinggi. Lemak tepu susah untuk diuraikan oleh badan kita.
Banyakkan makanan bijiran kerana akan membantu menyerap kolestrol didalam badan anda. Kandungan kolestrol yang tinggi dalam badan melambatkan proses penurunan berat badan.
Kurangkan garam, gula dan perasa buatan. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
Kurangkan minuman bergas, kopi dan teh. Kesemua minuman tersebut mengandungi kafein yang melambatkan proses penurunan berat badan.
8. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk menurunkan berat badan.
9. Berjalan-jalan selepas makan
Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
10. Tidur awal
Tidur awal membantu badan anda rehat. Apabila anda kurang rehat, anda akan lebih beremosi dan mengalami tekanan. Apabila anda stress, badan anda akan mengeluarkan kortisol yang mempengaruhi penurunan berat badan.
11. Morokok
Bahan-bahan kimia merbahaya yang terdapat dalam rokok menghasilkan toksin yang menyebabkan badan anda lemah untuk melawan penyakit. Apabila anda berhenti merokok, kuranglah toksin dalam badan anda. Lebih senang badan anda membuang lemak.
12. Positifkan diri
Stabilkan emosi anda. Rancang diet anda dan buat sasaran penurunan yang realistik. Jangan paksa diri anda mencapai penurunan yang tidak logik dalam masa yang singkat. Jangan kerana cemburu dengan testimoni yang kami paparkan, kerana penurunan berat badan adalah berbeza untuk setiap individu.
13. Beri penghargaan untuk diri sendiri.
Sediakan ganjaran jika anda berjaya menurunkan berat badan. Contohnya, beli baju yang bersaiz lebih kecil untuk menaikkan semangat anda untuk kurus.
14. Simpan diari untuk diet anda.
Menyimpan rekod diet dan pemakanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
15. Diet dengan ikhlas
Jujur pada diri sendiri. Tiada siapa yang dapat mengawal anda ketika anda mengambil produk litchin ini. Pastikan jumlah air yang anda minum adalah tepat dengan saranan kami.